Makluman kepada semua warga Maktab Sabah terutamanya pelajar, ibu bapa dan penjaga. Boleh dapatkan jadual PDPR melalui pautan dib bawah.
Pautan Jadual PDPR Edisi 2
Makluman kepada ibu bapa / penjaga yang anak mereka mendapat tawaran di Maktab Sabah tingkatan 1 bagi tahun 2021, boleh mendaftar secara online.
Sila klik pautan untuk pendaftaran secara dalam talian. BORANG PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2021 SECARA ONLINE.
Bagi pelajar Maktab Sabah yang memasuki tingkatan 2 hingga 5 dikehendaki membuat pendaftaran semula bagi sesi persekolahan 2021.
Sila klik pautan untuk pendaftaran semula secara dalam talian . BORANG PENDAFTARAN SEMULA 2021
Pada 6 Ogos 2020, jam 9.30 - 11.30 pagi, telah berlangsung Pertandingan Kangaroo Math, yang melibatkan 19 orang pelajar perdana dan diadakan di Makmal Sains 1 Maktab Sabah.
Makluman kepada warga Maktab Sabah, berikut adalah senarai jadual waktu pdpc edisi 1 bagi sesi persekolahan tahun 2021. Jadual waktu pdpc ini berkuatkuasa pada 20 januari 2021.
Sila download jadual masing-masing.
1. Jadual waktu kelas pembelajaran bersemuka iaitu tingkatan 5 tahun 2020
2. Jadual waktu guru pembelajaran bersemuka iaitu tingkatan 5 tahun 2020
3. Jadual waktu PDPR Versi 3.0 - (Jadual untuk pelajar tingkatan 1 hingga 5 tahun 2021)
Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan pihak sekolah (penolong kanan pentadbiran) di talian 088-225201.
Program Qurban Perdana Peringkat Maktab Sabah telah dilaksanakan pada 2 Ogos 2020, sebanyak 2 ekor lembu telah dikorban yang melibatkan beberapa orang staf Maktab Sabah. Prpgram ini telah diadakan di perkarangan Asrama Malaysia Maktab Sabah.
Makluman kepada seluruh warga Maktab Sabah, Proses pengajaran dan pembelajaran dari rumah yang menggunakan pelbagai kaedah akan dilaksanakan semula sepanjang PKPB bagi Daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan. Sehubungan dengan itu, satu jadual waktu pdpc anjal yang akan berkuatkuasa pada 7 Oktober 2020 akan dilaksanakan.
Klik Link : Cetak Jadual PDPc Anjal Sempena PKPB
Program Sekampit Beras peringkat Maktab Sabah telah berlangsung pada 28 Julai 2020 di Dewan Perdana dan dirasmikan oleh Datin Hajah Nuinda Haji Alias Pengetua Cemerlang JUSA C. Sasaran penerima sumbangan beras dan keperluan harian dari kalangan staf kebersihan sekolah, pengawal keselamatan dan staf bukan mengajar. Program murni ini telah diusahakan oleh Kelab Staf Maktab Sabah dan Ketua Panitia Pendidikan Islam.
Arahan penutupan adalah merujuk surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia
Pada 29 Julai 2020, satu usaha memperkasakan kesedaran untuk memerangi penyebaran wabak Covid-19, Ahli PRS Maktab Sabah iaitu Christoper anak Romes, Khairy Syazwan Saiman dan Daniel Yazid Aziz telah melengkapkan semua notis board sekolah dengan pelbagai informasi mengenai Covid-19.
Pada 10 Sept 2020, pelajar Maktab Sabah iaitu Muhammad Hafiz bin Mohd Noor telah muncul Johan dalam pertandingan e-Bakat Peringkat Negeri Sabah, Kategori mencipta sajak Bahasa Melayu Menengah Atas. Program ini telah dianjurkan oleh Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Pada 23 Julai 2020, di Dewan Perdana Maktab Sabah, telah berlangsung program Motivasi Diri Pelajar Pra-U Rendah tahun 2020. Penceramah motivasi iaitu En. Khairul Anwar bin Rosnan merupakan jurulatih utama Recaliph Consultancy Kuala Lumpur.
Program Kebitaraan e-Robotik Murid AMal KPM peringkat kebangsaan 2020 telah berlangsung pada 17 Ogos hingga 8 Sept 2020. Program ini telah dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Asrama Malaysia Maktab Sabah bertindak sebagai tuan rumah.
Pada 21 Julai 2020 seorang bekas pelajar Maktab Sabah pada tahun 2009 iaitu Faiz Syafiq Liasmat telah meluangkan masa berkunjung ke Maktab Sabah sambil berkongsi tips kejayaan kepada pelajar tingkatan 4. Semoga tips perkongsian ini akan menjadi motivasi kepada pelajar tingkatan 4 untuk terus melangkah untuk mencapai kejayaan.
Pada 8 ogos 2020, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin telah melawat Asrama Malaysia Sabah Maktab Sabah, turut hadir bersama dalam sesi lawatan ini pegawai dari JPN dan PPD KK.
Pada 21 Julai 2020, Lawatan Penanda Aras SMK Kinarut ke Maktab Sabah,
MAKTAB SABAH
PETI SURAT 10548
88806 KOTA KINABALU
TEL : 088-225201, FAKS : 088-216414
WEB SITE : www.maktabsabah.com
ISNIN - KHAMIS : 7.00 Pagi - 1.20 Petang
JUMAAT : 7.00 Pagi - 11.50 Pagi
AKTIVITI KOKURIKULUM
RABU : 12.50 - 3.00 Petang
KHAMIS : 2.00 - 3.30 Petang