Pada 30 Januari 2019, terlangsung Program Khatam Al-Quran pelajar tingkatan 1 2018. Program anjuran Panitia Pendidikan Islam yang di ketuai oleh Ustazah Kartini telah dirasmikan oleh Ybhg Tuan Haji Dr. Mohd Kassim Bin Tusin, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam. 

Program ini telah berlangsung di Dewan Perdana Maktab Sabah, telah melibatkan 40 orang pelajar sebagai peserta khatam Al-quran. Walaubagaimanapun belajar yang mengikuti program Khatam Quran semua telah berjaya khatam Quran semasa mereka d tingkatan 1 2018.

Quran Competency Programme siri 2, akan di teruskan untuk pelajar tingkatan 1 pada tahun 2019. Setiap pelajar muslim dikehendaki mengikuti program ini. 

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, terutama Pentadbir Sekolah, Panitia Pendidikan Islam, ibu bapa dan semua pelajar yang terlibat.

-12 Januari 2019  , Hari Sabtu -

       Pada Hari Sabtu bersamaan dengan 12 Januarin 2019 SM Maktab Sabah  telah magadakan sebuah aktiviti Gotong-royong Perdana Peringkat sekolah bersama TLDM , PDRM ,  DBKK  dan juga Para Ibu Bapa Warga Sabah collegians . Pada jam 6 Pagi, Acara senamrobik di laksanakan bagi memastikan otot diregangkan dan tiada kecederaan berlaku sewaktu membersihkan kawasan sekolah . selapas acara Senamrobik yang berakhir pada jam 8 pagi ,  Aktiviti utama dijalankan iaitu aktiviti gotong-royong perdana .Kehadiran TLDM dan PDRM memeriahkan lagi sambutan Gotong-Royong Perdana Maktab Sabah.  Para Hadirin di asingkan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan pembersihan sekitar sekolah . Pelajar juga turut memberi kerjasama yang Cemerlang agar Acara berjalan dengan lancar .  Selama 3 jam para hadirin membersihkan  kawasan sekolah yang diiringi dengan lagu-lagu ynag menaikkan semangat . Akhirnya , Selesai selepas segala usaha membersihkan SM Maktab sabah bak kata pepatah " Muafakat membawa Berkat" . Sekian Terima Kasih

 

Makluman kepada seluruh warga Maktab Sabah, Jadual Waktu PdPc Edisi 1 Sesi Persekolahan 2019, boleh di cetak melalui pautan berikut :

CETAK JADUAL WAKTU EDISI 1, 2019

Pada 31 Julai 2018, di Dewan Perdana Maktab Sabah, telah berlangsung satu simulasi Sambutan Kemerdekaan. Program ini telah di anjurkan oleh Panitia Sejarah dan PSK.


Datin Pengetua bersama PKP dan PKHEM mengayakan tema sambutan semarak merdeka.

Program simulasi kemerdekaan ini bertujuan untuk melahirkan Semarak Merdeka di kalangan pelajar Maktab Sabah. Samalah-samalah kita hidupkan semangat merdeka yang kian pudar dihati generasi baru kita

Antara guru yang menjayakan program simulasi semarak merdeka peringkat sekolah.


Barisan pelajar yang menjayakan lakonan simulasi semarak merdeka di Maktab Sabah.

Antara pelajar yang turut sama menjayakan program sambutan kemerdekaan di Dewan Perdana Maktab Sabah.

Pada 19 Julai 2018, Maktab Sabah telah dilawati oleh rombongan PPD Kota Bharu Kelantan dan Penolong Kanan Tingkatan 6.

Seluruh warga Maktab Sabah mengalu-alukan kehadiran para tetamu.

Program Minggu Akademik 2018 peringkat sekolah telah bermula pada 19 Julai hingga 20 Julai 2018. Program ini telah melibatkan semua pelajar dan telah berlangsung di Dewan Perdana Maktab Sabah. 

Pelbagai aktiviti telah dijalan sepanjang minggu akademik kali ini, antaranya pameran, kuiz, aktiviti pdpc dan juga permainan game. 

 

 

 

 

 

 

Crew website maktabsabah.com mengucapkan selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun 2018. Semoga anda semua dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik dan seterusnya mendapat keputusan cemerlang.

Pelancaran Program Minggu Anti Dadah peringkat sekolah Maktab Sabah, 2018 telah dilancarkan di Dewan Perdana Maktab Sabah pada 27 April 2018. Program ini telah di anjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Maktab Sabah dengan kerjasama Unit Anti Dadah Negeri Sabah.

Program ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG Maktab Sabah, Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor. Pelancaran program ini telah isi dengan pelbagai aktiviti antaranya tayangan multimedia, ceramah perkongsian anti dadah. Program ini telah melibatkan semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 4.

Semoga program seperti ini akan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai sikap benci pada dadah.

Terima kasih kepada UBK Maktab Sabah dan Unit Anti Dadah Kebangsaan.

Tahniah kepada Kontijen Robotik Maktab Sabah yang di pimpin oleh Guru Penasihat Robotik yang akan mewakili negeri Sabah ke Bengkel & Pertandingan Robotik, yang diadakan di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri Sarawak.

Program Bengkel dan Pertandingan Robotik ini akan berlangsung pada 24 - 28 April 2018.

Seluruh warga Maktab Sabah, mengucapkan selamat berjuang dan semoga kembali dengan kejayaan.

Selamat Datang ke Maktab Sabah, kepada rombongan dari SMK Kubang Telaga Bachok Kelantan. Lawatan Penanda Aras ini telah berlangsung pada 6 April 2018.

 

Bengkel Pembelajara Abad 21 peringkat Maktab Sabah telah berlangsung pada 21 April 2018, Bengkel ini telah berlangsung di Dewan Perdana Maktab Sabah.

Penceramah bagi menjayakan bengkel ini, iaitu Cik Cindy Soh KB Votek dan Puan Yap KB Sains Matematik.

Bengkel ini telah melibatkan semua guru Perdana dan Pra U.

Cikgu Faniza sedang membentangkan hasil perbincangan RPH sempena bengkel pembelajaran abad ke 21.

 


Pada 19.4.2018 telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Maktab Sabah. Mesyuarat ini telah di adakan di Dewan Perdana Maktab Sabah dan telah melibatkan sebahagian guru dan pelajar iaitu tingkatan1,2,3 dan tingkatan4.

 

Pada 18 April 2018 telah berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Edisi 2017. Majlis ini telah dilangsungkan di Dewan Perdana Maktab Sabah dan telah dirasmikan oleh Puan Bernadette Johan, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sabah.

 

Pada 4-5 April 2018 telah berlangsung kejohanan Sukan Tahunan Maktab Sabah Kali Ke-60 Tahun 2018. Kejohanan ini telah berlangsung di Stadium Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.

Tahniah kepada ahli Rumah Sukan SABAH yang telah muncul sebagai johan keseluruhan dengan mengutip mata sebanyak 2042 mata, Rumah Sukan COLONY Naib Johan dengan kutipan mata 2040, tempat ke 3 Rumah Sukan Gaya dengan kutipan mata 2014 dan rumah Sukan CHARTER menduduki tempat ke-4 dengan kutipan 1922 mata.
Tahniah juga kepada ahli Rumah Sukan CHARTER yang telah muncul Johan dalam kejohanan olahraga yang berlangsung selama 2 hari tersebut.

 

 

Mesyuarat Agung PIBG Maktab Sabah akan diadakan pada 31.3.2018, bersamaan hari Sabtu. Seluruh warga ibu bapa dan guru dijemput hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG tersebut.

Mesyuarat ini akan berlansung di Dewan Perdana Maktab Sabah, pada jam 8.00 pagi.

Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah sangat diharapkan demi untuk memperkasakan pendidikan anak-anak di Maktab Sabah.

Ikhlas

Setiausaha PIBG

Pada 25-30 Mac 2018, telah berlangsung Program Kepimpinan Murid Asrama 1Malaysia (A1M), Kementerian Pendidikan Malaysia, Peringkat Kebangsaan. Negeri Sabah telah diberi kepercayaan sebagai tuan rumah bagi menjayakan Program kepimpinan murid pada tahun ini. Program ini telah berlangsung di Asrama 1Malaysia Maktab Sabah dan melibatkan A1M Kuala Lumpur, A1M Johor, A1M Sarawak dan A1M Sabah.

Program Kepimpinan Murid A1M telah dirasmikan oleh Tuan Shaari Bin Osman, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Pada 29.3.2018 telah berlangsung Majlis Penutupan Perasmian Program Kepimpinan Asrama 1Malaysia. Program ini telah dilangsungkan di Dewan Perdana Maktab Sabah, Kota Kinabalu.

Joomla templates by a4joomla