Pada 25-30 Mac 2018, telah berlangsung Program Kepimpinan Murid Asrama 1Malaysia (A1M), Kementerian Pendidikan Malaysia, Peringkat Kebangsaan. Negeri Sabah telah diberi kepercayaan sebagai tuan rumah bagi menjayakan Program kepimpinan murid pada tahun ini. Program ini telah berlangsung di Asrama 1Malaysia Maktab Sabah dan melibatkan A1M Kuala Lumpur, A1M Johor, A1M Sarawak dan A1M Sabah.

Program Kepimpinan Murid A1M telah dirasmikan oleh Tuan Shaari Bin Osman, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Joomla templates by a4joomla