Pada 23 Sept 2021 telah berlangsung Pertandingan Parliamentary Debate Peringkat Negeri Sabah secara dalam talian. Dua orang pelajar Sabah Sabah dari tingkatan 5 iaitu Keeahn Ethan Lee dan Micheal Murphy telah mewakili Daerah Kota Kinabalu.
Dua orang pelajar Maktab Sabah ini telah membantu Daerah Kota Kinabalu untuk muncul johan dalam pertandingan tersebut. Kedua-dua pelajar ini juga telah dinobatkan sebagai Best Speaker di pusingan pertama dan kedua. Keeahn Ethan Lee akan mewakili Negeri Sabah ke Pertandingan Parliamentary Debate Peringkat Kebangsaan.
Seluruh Warga Maktab Sabah mengucapkan tahniah kepada kedua pelajar ini, yang telah mengharumkan nama Maktab Sabah dalam pertandingan Parliamentary Debate dan juga juta terima kasih kepada guru pembimbing iaitu Puan Ellena Chia Nyuk Mee dan Encik Eric Constantine.