Program Selangkah Ke Universiti & Karnival STEM 2022 Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung pada 28 Mei 2022 di Maktab Sabah. Program anjuran bersama Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Negeri Sabah, JPN Negeri Sabah, MARA dan Maktab Sabah telah berlangsung bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 Tengahari.
Terdapat pelbagai aktiviti yang berlangsung sepanjang program ini dijalankan antaranya pameran dan peluang pendidikan dari pelbagai institusi pendidikan dan juga aktiviti karnival STEM. Karnival STEM telah melibatkan 37 penyertaan daripada pelbagai sekolah.
Program ini telah disempurnakan oleh YBRS Dr. Shahrizin Abdul Sarhadat, Pengarah MARA Negeri Sabah.