Pada 18 Jun 2022, di Taman Rekreasi Likas telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSD Kota Kinabalu. Maktab Sabah telah menghantar seramai 12 orang pelajar bagi kedu-dua kategori lelaki perempuan bawah 18 tahun dan bawah 15 tahun untuk wakili sekolah.
Mirza Nazhan telah menduduki tempat ke 10 bagi kategori lelaki bawah 18 tahun. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kerana mengharumkan nama Maktab Sabah dan terima kasih kepada guru-guru yang telah membimbing semua atlet.