Pada 20 Jun 2022 seramai 18 orang pemain bola sepak Maktab Sabah telah mewakili sekolah di Kejohanan Bola Sepak Peringkat MSSD Kota Kinabalu yang telah berlangsung di Padang SK Malawa Sepanggar.
Maktab Sabah telah mencapai keputusan menang sekali, seri 2 kali dan kalah sekali. Tahniah kepada semua pemain yang telah mengharumkan nama sekolah dan terima kasih kepada guru pembimbing iaitu Cikgu Jipanis dan Cikgu Fong.