Pada 2 Julai 2022 , di Stadium Sukan Penampang telah berlangsung Karnival Sukan Track & Field Maktab Sabah bagi tahun 2022. Program karnival ini dilaksanakan bagi tujuan untuk mencari atlet terbaik di kalangan pelajar Maktab Sabah.
Karnival ini telah melibatkan 256 atlet yang mewakili 4 rumah sukan iaitu Charter, Sabah, Colony dan Gaya. Terdapat 7 acara yang telah dipertandingkan semasa karnival ini.
Keputusan karnival track & field : Johan - rumah Charter dengan kutipan pingat 11 emas, 5 perak dan 10 gangsa N. Johan - rumah Gaya dengan kutipan pingat 10 emas, 7 perak dan 6 gangsa Ketiga - rumah Sabah dengan kutipan pingat 7 emas, 13 perak dan 10 gangsa Keempat - rumah Colony dengan kutipan 4 emas , 7 perak dan 6 gangsa.