Pihak sekolah amat berbangga dapat mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan pada 14hb Julai 2022 dari jam 8.00 hingga 11.30 pagi bertempat di Dewan Perdana Maktab Sabah. Memandangkan cabaran yang dihadapi oleh para murid semasa pandemik dengan pembelajaran separuh online adalah wajar majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan keatas kejayaan yang cemerlang oleh para murid dari aspek akademik dan kokurikulum sepanjang tahun 2021. Kejayaan akademik dan kokurikulum mereka merupakan inspirasi dan motivasi kepada murid lain bagi mempertingkatkan prestasi masing-masing selain menyuntik semangat belajar dan berusaha dengan lebih gigih dan tekun dalam memperbaiki, meningkatkan dan mengekalkan kualiti pembelajaran masing-masing sama ada dalam aspek akademik, kokurikulum mahupun pembangunan kemenjadian murid di masa akan datang.
Di sini kecemerlangan para murid dapat juga dilihat melalui peranan yang dimainkan oleh guru dan ibubapa dalam memberi dorongan dan semangat di masa murid memerlukannya. Anugerah tahun 2021 melihat seramai 156 murid telah dikenalpasti mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum diantaranya adalah seramai 12 orang murid memperoleh pencapaian 9A hingga 6A, mereka telah diberi Anugerah cemerlang SPM 2021 Manakala bagi Anugerah Pentaksiran dan Peperiksaan Dalaman pula adalah seramai 117 murid dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Selain itu, terdapat beberapa anugerah lain yang turut di ketengahkan kepada murid yang menunjukkan keterampilan diri melalui Anugerah MPS untuk atlet, Anugerah OSCA iaitu kecemerlangan Ko-Kurikulum , Anugerah PIBG melalui khidmat cemerlang, Anugerah Pengetua bagi pelajar yang cemerlang Akademik dan Anugerah Perdana bagi Tokoh Pelajar.
Majlis tahun ini dimeriahkan lagi dengan perasmian oleh Yang Berbahagia Datin Seri Panglima Dr. Hajah Nuinda Binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA cawangan Negeri Sabah.