Pada 26 Julai 2022 telah berlangsung program kempen kesedaran Anti-Buli di kalangan pelajar Maktab Sabah, program ini telah berlangsung di Dewan Perdana Maktab Sabah. Program anjuran bersama antara pihak UMS dan Maktab Sabah telah melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 bagi tahun 2022.
Program ini memberi fokus kepada kesedaran anti-buli yang berlaku di kalangan pelajar di peringkat sekolah. Semoga program ini akan dapat memberi impak yang positif kepada pelajar yang terlibat akan mereka dapat meningkatkan lagi kualiti disiplin diri dan dapat membantu untuk menyahkan masalah buli yang berlaku di sekolah.
Seluruh warga Maktab Sabah mengucapkan terima kasih kepada pihak UMS dan tahniah kepada seluruh pelajar yang terlibat.