Seramai 3 orang pelajar tingkatan Maktab Sabah iaitu Andry Lin Haslan, Mohamad Syari’iffudin ‘Irfan bin Muhammad Riza dan Sharon Vianne Lazarus telah wakili negeri Sabah dalam pertandingan Shell STEM Peringkat Kebangsaan #MyGeekMovement 2019. Ketiga-tiga pelajar ini telah berjaya muncul johan di pertandingan peringkat negeri sebelum ini.
Pertandingan Shell STEM Peringkat Kebangsaan #MyGeekMovement 2019 akan berlangsung pada 1 Mei 2019 di Sepang International Circuit (SIC) Sepang, Selangor.
Seluruh warga Maktab Sabah mengucapkan tahniah kepada pengiring, Puan Edni Shareen Faroq, guru-guru penasihat Cik Presilla dan Puan Wong Lee Chew dan didoakan semoga pelajar Maktab Sabah akan memperolehi kejayaan dan mengharumkan nama negeri Sabah di peringkat kebangsaan.