Program Wawasan Tingkatan 4 “Chasing My Dream”

Pada 27 Mac sehingga 30 Mac 2023,pihak sekolah telah mengadakan Program Orientasi bagi semua murid Tingkatan 4 sesi 2023/24.Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) yang bertujuan untuk memperkenal kepada mereka tentang bidang yang mampu mereka ceburi setelah menduduki peperiksaan SPM.

Mereka mendengarkan ceramah daripada Pengetua Maktab Sabah iaitu Puan Hajah Nurani Fauziah Derin,Penolong Kanan Pentadbiran,Puan Samsiah Almalek serta Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Encik Abdul Jaid Paki.Selain itu,mereka turut mendengarkan ceramah daripada ketua-ketua daripada Bidang Bahasa,Bidang TVET,Bidang Kemanusiaan dan juga Bidang STEM.Mereka turut mendengarkan ceramah daripada guru-guru subjek tingkatan 4 seperti subjek Sejarah,Sains Sukan,Ekonomi,Perniagaan,Reka Cipta,Pendidikan Seni Visual,Bahasa Melayu,Matematik,Multimedia Produksi,Sains Komputer,Geografi dan Bahasa Jepun.

Akhir sekali mereka mendengar taklimat disiplin daripada guru disiplin,Cikgu Surilla sebelum mendengarkan ceramah tentang soft skill daripada penceramah jemputan dan kemudiannya diakhiri dengan majlis penutupan dan perasmian oleh Puan Hajah Nurani Fauziah Derin,Pengetua Maktab Sabah di Dewan Perdana pada 30 Mac 2023.

Pengetua mengharapkan kesemua tingkatan 4 sesi 2023/24 berjaya menduduki peperiksaan SPM yang akan datang setahun dari sekarang.

You may also like...