Sambutan Hari Raya & Tadau Kaamatan

Pada 13 Mei 2023 bersamaan pada hari Sabtu,pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Tadau Kaamatan bagi peringkat Maktab Sabah dimana semua warga Maktab Sabah mengenakan pakaian hari raya dan tradisional kaamatan masing-masing.



Majlis dirasmikan oleh Pengetua Maktab Sabah,Puan Hajah Nurani Fauziah Derin yang turut dihadiri oleh barisan pentadbir,guru-guru serta murid-murid Maktab Sabah.Selepas majlis dirasmikan,majlis dihiburkan dengan persembahan daripada murid-murid Maktab Sabah.Setelah selesainya majlis,semua warga Maktab Sabah menerima aiskrim percuma selama sehari di perkarangan Selasar Sri Fatimah yang disediakan oleh pihak sekolah.

Sambutan kali ini berakhir dengan baik dan masing-masing dapat berseronok dengan sambutan hari raya & tadau kaamatan tahun ini.Diharapkan sambutan akan datang akan lebih menggembirakan.