RUMAH SUKAN GAYA MENGUNGGULI JOHAN SUKAN OLAHRAGA MAKTAB SABAH KALI KE 63 TAHUN 2023

Kejohanan Sukan Olahraga Maktab Sabah Kali Ke 63 bagi tahun 2023 telah berlangsung pada 31 Julai & 1 Ogos di Stadium Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu.

Kejohanan olahraga yang menawarkan sebanyak 144 pingat dengan 48 acara akhir telah dirasmikan oleh Puan Hajah Nurani Fauziah Derin, Pengetua Maktab Sabah.

Kejohanan kali ini telah mencipta sejarah kepada Rumah Sukan GAYA kerana telah berjaya menewaskan 3 rumah sukan lain dan muncul sebagai johan keseluruhan dengan kutipan pingat 24 Emas 15 Perak 7 Gangsa, Rumah Sukan SABAH naib johan dengan kutipan pingat 12 Emas, 15 Perak, 12 Gangsa, Rumah Sukan CHARTER tempat ke 3 dengan kutipan pingat 9 Emas, 9 Perak, 14 Gangsa dan Rumah Sukan COLONY di tempat ke 4 dengan kutipan pingat 3 Emas, 9 Perak dan 12 Gangsa.

Guru-guru Rumah Sukan GAYA dengan gaya sebagai sang juara bersama ketua rumah sukan Cikgu Onnia

Rumah Sukan GAYA bukan saja muncul johan keseluruhan tetapi telah mengungguli Olahragawati keseluruhan Kategori Lelaki dan Perempuan, atlet terbaik ketagori Lelaki A dan Perempuan A. Atlet terbaik Kategori Lelaki B dari Rumah Sukan SABAH dan Kategori Perempuan B dari Rumah Sukan CHARTER.

Berikut adalah keputusan pencapaian atlet terbaik dalam kejohanan kali ini,

PEREMPUAN B : YASMEEN RAEESA BINTI MOHD YUSLIN (CHARTER)
LELAKI B : MOHAMAD AQHERUL RAMADHAN BIN MUSRI (SABAH)
PEREMPUAN A : NEELAKKSHI A/P PATHMANATHAN (GAYA)
LELAKI A : MIRZA NAZHAN BIN MAHENDRA @ AFFENDY (GAYA)

KEPUTUSAN OLAHRAGAWATI KESELURUHAN
AISYA ADALIA BINTI ASRI (GAYA)

KEPUTUSAN OLAHRAGAWAN KESELURUHAN
HAIZAD SHADIE BIN HB ARSHAD (GAYA)

    You may also like...