Program Sambutan Maal Hijrah 1445H/2023M dan Program We Care.

Pada 2 Ogos 2023 telah berlangsung sambutan Maal Hijrah Peringkat Maktab Sabah yang telah dirasmikan oleh Puan Hajah Nurani Fauziah Derin, Pengetua Maktab Sabah. Program ini telah dianjurkan oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam Maktab Sabah iaitu Ustazah Nur ashikin Aksan

Terdapat pelbagai pengisian yang telah dilaksanakan dalam program ini antaranya ceramah Maal Hijrah, Nyanyian Nasyid dan persembahan pelajar.

Persembahan pelajar sempena sambutan Maal Hijrah boleh di tonton youtube

  1. Bicara Berirama Maal Hijrah 2023 https://youtu.be/pZqWem5Jbsw
  2. Nasyid Maal Hijrah 2023 https://youtu.be/KSGN_WzYf1M
  3. Drama “Hijrah Demi Cinta” Sempena Sambutan Maal Hijrah 2023 https://youtu.be/DmZc9X01rM0

Pada hari yang sama juga telah berlangsung program WE CARE anjuran ketua panitia Pendidikan Moral Cikgu Doronty Emaly dengan pengarah program cikgu Timothy Awang. Program ini merupakan satu pertandingan untuk untuk merekabentuk dan mewarnakan tayar terpakai untuk dijadikan pasu bunga di Maktab Sabah.

Terima Kasih kepada semua guru yang terlibat dan tahniah kepada semua pelajar Maktab Sabah.

You may also like...