Program Cakna Pusat Sumber Seni Budaya dan Jom Membaca 10 Minit
Pada 22 April 2024 Pusat Sumber Maktab Sabah telah mengambil bahagian dalam Program Cakna Pusat Sumber Seni Budaya dan Jom Membaca Peringkat Negeri Sabah.
Pusat Sumber Maktab Sabah telah menghantar dua orang pengawas iaitu Asnurfitri Hawa Tingkatan 4 dan Adam Mukhriz Tingkatan 5 untuk mengambil bahagian dalam Program tersebut.
Pada hari yang sama pusat sumber Maktab Sabah telah melancarkan program Jom Membaca 10 Minit di Dewan Perdana Maktab Sabah dan di rasmikan oleh Pengetua Maktab Sabah, Tuan Suhaimi Haj Basri.