“SCOUTS BAR” SEMPENA MINGGU APRESIASI GURU

Pada 16 Mei 2024, Persatuan Pengakap 08 telah menganjurkan sebuah bar jus buah-buahan khas untuk guru-guru sempena menyambut Hari Guru Malaysia dan Minggu Apresiasi Guru-Guru Sekolah Maktab Sabah. Bar jus ini telah beroperasi dari pukul 11:30 pagi hingga 2:00 petang dan bertempat di Anjung Nuinda. Seramai 10 ahli pengakap remaja telah bersukarela untuk membantu mengusahakan bar jus buah tersebut.

Pertama sekali, kupon untuk menuntut minuman-minuman tersebut diedarkan kepada setiap guru. Minuman buah-buahan tersebut akan disediakan secara percuma dan guru-guru boleh membuat pesanan mengikut kesesuaian. Sementara menunggu, guru-guru yang telah berbuat demikian juga boleh berehat seketika di bangku-bangku yang telah disediakan di hadapan bar tersebut. Lantaran itu, jus-jus tersebut juga boleh diedarkan melalui penghantaran istimewa bagi guru-guru yang tidak dapat mengunjungi kawasan bar tersebut.

Seperti keberhasilan tahun sebelumnya, penganjuran ‘Scouts Bar’ pada tahun ini telah menerima sambutan yang meriah. Guru-guru pentadbiran, SCC dan lain-lain juga termasuk pengetua Maktab Sabah, Tuan Suhaimi, telah memberikan ulasan-ulasan yang positif. Tanpa sokongan daripada guru-guru tersayang ini, mustahil bagi bar jus ini untuk mencapai objektifnya. Sesungguhnya, hari Guru merupakan hari istimewa untuk kita menunjukkan penghargaan kita kepada individu-individu berdedikasi ini yang telah banyak berjasa dan membimbing kita untuk menjadi seorang insan yang berjaya dan berilmu. Itulah tujuan program “Scouts Bar” ini diusahakan.

Laporan ini disediakan oleh melsyh.

You may also like...