SELAMAT DATANG ! LAWATAN PENANDAARAS MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (MPSM) CAWANGAN KOTA SETAR, KEDAH.

Pada 6 Jun 2024 seramai 15 orang pengetua sekolah menengah cawangan Kota Setar Kedah telah memilih Maktab Sabah sebagai destinasi bagi program lawatan penandaaras ke Negeri Di Bawah Bayu.

Rombongan telah tiba ke Maktab Sabah pada jam 8.00 pagi dan telah disambut oleh pengetua Maktab Sabah iaitu Tuan Suhaimi Haji Basri dan baris pentadbir sekolah beserta barisan kepimpinan pelajar.

Seluruh warga Maktab Sabah mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana memilih Maktab Sabah sebagai destinasi lawatan penandaaras. Semoga akan terjalin hubungan demi kecemerlangan pendidikan.

You may also like...