Seminar Motivasi Pelajar Anjuran PIBG Maktab Sabah Oleh Tuan Zaid Mohamad

Pada 19 Julai 2024 di Dewan Perdana Maktab Sabah telah berlangsung Seminar Motivasi Pelajar yang dianjurkan oleh PIBG Maktab Sabah.

PIBG Maktab Sabah menjemput secara eksklusif penceramah yang tidak asing lagi iaitu Tuan Zaid Mohamad dengan tajuk seminar “Vision Attitude Leadership Uniqueness Education Spirituality”. Seminar Motivasi Pelajar telah melibatkan pelajar-pelajar dari Tingkatan 3 4 dan Pra-U Rendah serta ibu dan guru-guru Maktab Sabah.

Semoga usaha PIBG Maktab Sabah ini akan membantu kecemerlangan warga Maktab Sabah untuk pencapaian yang lebih cemerlang sama ada akademik disiplin dan sahsiah.

Seluruh warga Maktab Sabah mengucapkan jutaan terima kasih kepada PIBG dan Tuan Zaid Mohamad

You may also like...