Majlis Anugerah Kecemerlangan Edisi 2023 bagi tahun 2024

Majlis Anugerah Cemerlang edisi 2023 akan diadakan pada 27 Julai 2024 bersamaan dengan hari sabtu. Majlis ini adalah acara tahunan yang mengiktirafkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum dan akan dilaksanakan di Dewan Perdana Maktab Sabah. Majlis ini dinanti -nantikan oleh warga pendidik dan para murid dari tingkatan 1 sehingga 5, termasuk murid SPM yang cemerlang pada tahun 2023 dan juga murid yang telah berjaya mencapai keputusan akademik yang terbaik. Seramai 185 orang murid mencapai kejayaan yang cemerlang dan akan diraikan dalam majlis MAK pada 27 Julai 2023 bersamaan hari sabtu.
Kejayaan para murid ini akan dianugerahkan mengikut kategori yang ditetapkan oleh pihak oleh pihak sekolah. Kejayaan ini merupakan inisiatif untuk membakar semangat murid lain untuk mencapai kecemerlangan seperti mereka dan seterusnya memupuk persaingan yang positif di bidang akademik serta bidang kokurikulum yang seiring dalam membina seorang modal insan yang berketerampilan dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Majlis Anugerah Cemerlang Maktab Sabah edisi 2023 mempamerkan barisan murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum dan berjaya mengharumkan nama baik mereka dari segi akademik dan juga Kokurikulum. Terdapat lima anugerah yang diraikan iaitu Anugerah Permata Nilam, Anugerah Peperiksaan Dalaman, Anugerah Peperiksan Awam, Anugerah Khas Koperasi Maktab Sabah BHD dan Anugerah Khas termasuk Anugerah Pendidik bagi Khidmat Bakti, Anugerah MPS, bagi kategori olahragawan, olahragawati, olahrawan dan olahragawati harapan, Anugerah OSCA dari aspek kecemerlangan kokurikulum, Anugerah PIBG bagi khidmat cemerlang, Anugerah Pengetua bagi pelajar cemerlang akademik dan Anugerah Perdana bagi tokoh pelajar.
Majlis ini amat ceria kerana akan dirasmikan oleh YB Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya,Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Kerja Raya Sabah / Ahli Parlimen P173 Putatan.

Ibubapa yang diraikan dijemput ke Majlis Anugerah Cemerlang pada 27hb Julai 2024. Bertempat di Dewan Perdana. Bermula jam 7.00pagi.

You may also like...