HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI SABAH 2024
Pada 12 Oktober 2024, Sabtu, Di Maktab Sabah telah berlangsung Program Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sabah. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah YBhg Datuk Haji Raisin bin Saidin dan turut dihadiri Pegawai PPD KK Encik Suhaimi Matshah dan YDP PIBG Maktab Sabah Datuk Haji Arif bin Tun Sakaran, Pengetua Maktab Sabah Suhaimi Haji Basri berserta guru-guru dan pelajar-pelajar Maktab Sabah.
Program ini telah dijayakan oleh penyertaan empat buah sekolah iaitu Maktab Sabah, SMK Sanzac, SK Sri Gaya dan SK Tanjung Aru.
Pelbagai acara sukan yang telah dijayakan antaranya pertandingan badminton, ping pong dan bola jaring beserta beberapa aktiviti dan pameran sukan.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan Program Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sabah.