SAMBUTAN HARI MAKTAB SABAH
Pada 16 Januari 2025, Majlis Sambutan Hari Maktab Sabah yang ke 68 tahun telah diadakan di Dewan Gaya Asrama Amal Sabah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengetua Maktab Sabah, Encik Suhaimi Bin Haji Basri. Daripada majlis ini, kita dapat melahirkan insan yang mempunyai sifat menghargai hari istimewa sekolah. Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan iaitu bergotong-royong membersihkan surau dan penambahbaikan pondok yang disumbangkan oleh bekas pelajar Maktab Sabah.









