HARI APRESIASI TINGKATAN 5, 2024

Pada 22 Febuari 2025, Maktab Sabah telah mengadakan Majlis Apresiasi Tingkatan 5 bertempat di SICC.Majlis ini bertujuan sebagai tanda penghargaan kepada pelajar tingkatan 5 yang telah tamat menjalani sesi persekolahan mereka sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Majlis ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada usaha dan pencapaian pelajar dalam pelbagai bidang seperti akademik, kokurikulum, dan sahsiah.Majlis ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengenang jasa dan sumbangan guru serta ibu bapa mereka sepanjang tahun-tahun persekolahan.



Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku serta bacaan doa. Acara diteruskan dengan ucapan dari wakil pelajar Tingkatan 5, Faris Iskandar, 5 Makmur, menyampaikan ucapan yang penuh emosi dan terima kasih kepada guru-guru, ibu bapa, dan rakan-rakan atas sokongan yang diberikan sepanjang tahun seterusnya ucapan aluan oleh Encik Kasim@ Kassim bin Haji Wiro yang mengalu-alukan kehadiran para tetamu.Ucapan perasmian disampaikan oleh Encik Suhaimi bin Haji Basri. Dalam ucapannya, beliau menyatakan penghargaan terhadap usaha gigih pelajar dan memotivasi mereka untuk terus cemerlang dalam SPM.Seterusnya sesi penyampaian sijil diadakan untuk memberi penghargaan kepada pelajar.

You may also like...