MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA (RIMUP) MAKTAB SABAH 2025

Pada 26 April 2025, Sabtu Bertempat di perkarangan Maktab Sabah telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Maktab Sabah bagi tahun 2025. Program yang sangat meriah ini telah dirasmikan oleh Pengetua Maktab Sabah, Tuan Suhaimi Haji Basri.

Sambutan majlis yang berlangsung pada jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari telah melibat semua warga Maktab Sabah dan juga tetamu jemputan. Program yang sangat meriah ini disajikan dengan pelbagai jenis kuih-muih hari raya, makanan dan minuman. Terdapat juga pelbagai persembahan yang telah disusun atur bagi mewujudkan suasana hari raya.

Selain daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri, pihak sekolah juga telah selitkan satu acara ucapan penghargaan pihak sekolah kepada semua guru yang mengajar Tingkatan 5 2024 atas pencapai SPM dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 3.64.

Pihak sekolah mengucapkanTAHNIAH & TERIMA KASIH kepada Pengarah Program iaitu Cikgu Flora Jimmy dan seluruh warga yang menjayakan sambutan Hari Raya pada tahun 2025 ini.

Jumpa Lagi Raya Tahun 2026….

You may also like...