MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MAKTAB SABAH 2025 EDISI 2024

Majlis Anugerah Kecemerlangan ( MAK ) merupakan program tahunan di Maktab Sabah bagi menghargai dan mengiktirafkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Kecemerlangan murid mencerminkan perkembangan serta kejayaan sekolah dalam melahirkan modal insan. Justeru, kecemerlangan murid harus diberi pengiktirafan oleh pihak sekolah supaya dapat menjadi pemangkin motivasi dalam diri setiap murid di sekolah ini.

Dengan pelaksanaan program ini, secara langsung dapat memupuk emosi murid agar berazam ingin maju dan berkeinginan bersaing secara sihat menuju kejayaan sama ada di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa.

Objektif Majlis Anugerah Kecemerlangan, antaranya ialah;
o Memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dan berpotensi dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepimpinan.
o Membina budaya sekolah yang cemerlang dengan aktiviti yang bersifat positif.
o Memberi dorongan untuk mengubah keterampilan murid agar menjadi lebih cemerlang.
o Mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan murid, guru dan ibu bapa.

Program ini akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 14 Jun 2025, Sabtu
Masa : 8:00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Perdana Maktab Sabah

Sasaran utama program ini ialah;
1. Semua murid Cemerlang Peperiksaan Dalaman Tingkatan 1,2, 3 dan 4 2024
2. Semua murid Cemerlang Peperiksaan Awam SPM 2024
3. Semua murid Cemerlang Penerima Anugerah-Anugerah Khas 2024

    Seluruh warga Maktab Sabah mengucapkan Tahniah kepada semua penerima hadiah dan juga terima kasih kepada pengarah program ini iaitu Cikgu Maria Wong beserta seluruh jawatakuasa pimpinannya.

    You may also like...