PERTANDINGAN TARIAN TA’SEEM 2025

Pada 11 Jun 2025, bertempat di Auditorium Mini Putrajaya, Kota Kinabalu telah berlangung Pertandingan Tarian Ta’seem peringkat daerah Kota Kinabalu.


Pasukan tarian Maktab Sabah telah menjuarai kategori Tarian Duo dalam pertandingan tersebut, dan beberapa anugerah lain yang dimenangi iaitu Anugerah Penari Lelaki Terbaik , Anugerah Koreografer Terbaik, Anugerah Muzik Terbaik dan Johan Keseluruhan kategori Tarian Duo.

Tahniah kepada pelajar yang telah mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut iaitu Asnurfitri Hawa & Erfanshah dari Tingkatan 5 Tertib dan terima kasih kepada guru pembimbing iaitu Cikgu Dorothy dan Cikgu Ahmad Suhaimi.

Seluruh warga Maktab Sabah mengucapkan tahniah kepada pasukan kelab tarian Maktab Sabah kerana telah mengharumkan nama sekolah.