Bagi pusingan akhir bagi perlawanan beregu lelaki, ‘𝘥𝘶𝘰’ Maktab Sabah itu kemudian akan menentang pemain-pemain dari SMK SANZAC. Kesudahannya amat memberangsangkan, kerana pemain-pemain daripada pihak lawan juga tidak tertanding kepantasannya. Akhirnya, Izwansyah dan Danish dari Maktab Sabah berjaya membawa pulang gelaran johan bagi kategori ini dengan memenangi set kedua dan set ketiga. Keputusan mata bagi perlawanan ini ialah 13-21 bagi set pertama, 21-19 bagi set kedua dan 21-11 bagi set ketiga dan terakhir.