FREE CARWASH SEMPENA HARI GURU 2025 SABAH COLLEGE

Pada 23 Mei 2025, Jumaat, Lembaga Pengawas Perdana telah melaksanakan aktiviti Free Carwash khas untuk semua kereta warga pendidik Maktab Sabah. Aktiviti tahunan ini merupakan penghargaan kepada guru-guru yang banyak berjasa mendidik pelajar-pelajar Maktab Sabah.

Aktiviti Free Carwash yang dipimpin oleh Bebi Nur Zahirah Ibrahim sebagai pengarah program dan dibantu oleh timbalannya iaitu Adrianna Shamsul telah melibatkan 172 orang ahli pengawas perdana. Antara objektif program ini ialah;

  1. Sumbangan penghargaan daripada lembaga pengawas perdana kepada guru-guru Maktab Sabah.
  2. Melahirkan murid yang menghargai pengorbanan guru-guru yang mendidik mereka.
  3. Mengukuhkan silaturrahim di kalangan lembaga pengawas perdana.
  4. Memupuk sikap tolong-menolong dikalangan murid terutama pengawas sekolah.

Warga Pendidik Maktab Sabah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli pengawas yang terlibat.

You may also like...