Program Penghayatan Eidul Adha dan Manasik Haji

Program Penghayatan Eidul Adha & Manasik Haji Anjuran Panitia Pendidikan Islam Maktab Sabah telah berlangsung pada 27 Jun 2023 di Dewan Perdana Maktab Sabah dan ruang Selasar Fatimah Shara.

Program ini telah dirasmikan Pengetua Maktab Sabah, Puan Hajah Nurani Fauziah Derin dan melibatkan semua pelajar muslim tingkatan 5, lelaki dan perempuan dan melibatkan seramai 177 orang pelajar.

Bagi menjayakan program ini, panitia pendidikan Islam Maktab Sabah telah menjemput Agensi Sukaborneo Travel untuk berkongsi pelaksanaan aktiviti sepanjang program. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program antaranya cara pakai kain Ihram, simulasi tawaf, pameran dan ceramah Eidul Adha.

manasik haji maktab sabah

You may also like...