SHOWCASE PBL TINGKATAN 1 2023

Pada 13 Disember 2023 telah berlangsung program Showcase PBL bagi pelajar tingkatan 1, program ini telah berlangsung di Dewan Perdana Maktab Sabah.

Objektif program ini adalah untuk mempamerkan hasil kerja atau projek PBD dan PBL pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan memberi peluang pelajar-pelajar untuk menonjolkan bakat dan kreativiti masing-masing dalam bidang lain selain pembelajaran dalam kelas.

Program ini melibatkan semua pelajar tingkatan 1 dan guru subjek. Setiap kelas menyediakan bahan inovasi mengikut kreativiti masing-masing. Program ini bukan sahaja mencungkil bakat pelajar tingkatan 1 tetapi juga memberi ruang dan peluangkan untuk bersikap yakin dan berani untuk mempersembahkan kreativiti dan bakat masing-masing.

Semoga program ini akan diteruskan dan dipelbagaikan penglibatan peserta. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengarah program iaitu Cikgu Dayang Asmah Eson dan semua AJK yang terlibat.

You may also like...