Program Gotong Royong Madani 2024

Pada 27 Januari 2024 telah berlangsung Program Gotong Royong Madani Maktab Sabah bagi tahun 2024. Objektif utama program ini adalah untuk memastikan sekolah Maktab Sabah sentiasa bersih dan kondusif.

Program ni telah melibatkan pelbagai pihak antaranya pelajar Maktab Sabah tingkatan 1 – 4, PIBG, Majlis Perbandaran Kota Kinabalu (DBKK), Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah dan pelajar berserta ibu bapa Amal Sabah.

Pihak Maktab Sabah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yang terlibat bagi menjayakan program gotong royong ini. Semoga kerjasama yang erat ini akan berteruskan pada program-program yang akan datang.

You may also like...