Majlis Penutupan Ihya’ Ramadan, Majlis Khatam Al-Quran dan Program Mahabbah Insan

Pada 5 April 2024, berlangsungnya majlis Penutupan Ihya’ Ramadan, Majlis Khatam Al-Quran dan Program Mahabbah dari jam 6:30 sehingga 11:30 semperna berakhirnya bulan mulia ini. Program ini melibatkan guru-guru dan murid-murid tingkatan 1 hingga 5 beragama islam serta beberapa orang murid tingkatan 6 yang terpilih.


Acara ilmu ini dimulakan dengan bacaan Yaasin, dan diteruskan dengan taklimat yang ringkas oleh Uztaz Fadzli mengenai acara pada pagi ini. Khatam Al-Quran oleh 22 orang murid berlainan kelas turut diadakan untuk meneruskan majlis.

Acara diteruskan lagi dengan ucapan daripada tuan pengetua, dan ketua PIBG Maktab Sabah serta persembahan nasyid daripada kelas 4 dan 5 Aman. Kemudian, diteruskan lagi dengan pengagihan sijil aktiviti Ihya’ Ramadan kepada peserta program.

Majlis diakhiri dengan pemberian asnaf kepada murid-murid yang terpilih.

FaraEd

Fara Edliyana bt Anjas Asmara ||

You may also like...