MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT MAKTAB SABAH 2024

Pada 18 April 2024 telah berlangsung majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Maktab Sabah bagi tahun 2024. Majlis ini telah berlangsung di setiap kelas dan dewan perdana.

Sambutan ini merupakan majlis setiap tahun dan melibatkan semua pelajar perdana dan tingkatan 6. Setiap pelajar menampilkan pakaian raya masing-masing dan juga menyediakan jamuan kelas untuk tetamu yang berkunjung ke kelas mereka. Selain daripada menyediakan pelbagai juadah makanan, majlis ini juga diserikan dengan pelbagai persembahan untuk memeriahkan lagi majlis sambutan hari raya aidilfitri.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pengarah program dan terima kasih kepada semua pelajar yang menjayakan majlis sambutan hari raya aidilfitri kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di hari raya tahun depan.

You may also like...