TAHNIAH TEAM GIMNASTIK ARTISTIK MAKTAB SABAH

Pada 5 – 6 Mei 2024, telah berlangsung Kejohanan Gimnastik Artistik Peringkat Daerah yang berlangsung di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.

Maktab Sabah telah menghantar lima orang murid iaitu Amiral Safwan bin Mishan Tingkatan 1, Chloe Love Lajantg, Shayna Jayne Jason, Well Marvin Waylon Tingkatan 2 dan John Hyzrone Hielony Tingkatan 5.

Dalam kejohanan tersebut John Hyzrone Hielony telah memperolehi satu pingat emas acara Vault, dua pingat perak dalam acara Floor exercise dan Overall serta pingat gangsa dalam acara Parellel bar. Seorang lagi peserta yang berjaya mengutip tiga pingat gangsa iaitu Well Marvin Waylon dalam acara Floor exercise, Parellel bar dan Overall dan Shayna Jayne Jason telah mengutip satu pingat gangsa dalam acara Vault.

Seluruh warga Maktab Sabah mengucapkan tahniah kerana telah mengharumkan nama Maktab Sabah diperingkat Daerah Kota Kinabalu dan terima kasih kepada guru pengiring tema Gimnastik Artistik iaitu Cikgu Mahaletchumi A/P Sinnathamby.

You may also like...