“KEJOHANAN BADMINTON PERINGKAT MSSD 2024”
by ICT WEB CREW · Published · Updated
 Pada 20-21 Mei 2024, Kejohanan Badminton Peringkat MSSD 418 telah berlangsung di dewan SM LOK YUK, Kota Kinabalu (CF). Maktab Sabah telah menghantar 6 ahli Kelab Badminton. Pasukan ini terdiri daripada 2 orang pemain perempuan (Rachel Elaine Rayner dari 4 Mutiara, Nur Natasyah Binti Asrin @ Mohd Asri dari 4 Aman) dan 4 orang pemain lelaki (Muhammad Faiz Hamizan dari 4 Tertib, Ahmad Afdlien Afiezan dari 4 Bahagia, Muhamad Danish Mark Dusti dari 5 Kerjasama dan Ahmad Izwansyah Bin Sulaiman dari 5 Tertib).
Pada 20-21 Mei 2024, Kejohanan Badminton Peringkat MSSD 418 telah berlangsung di dewan SM LOK YUK, Kota Kinabalu (CF). Maktab Sabah telah menghantar 6 ahli Kelab Badminton. Pasukan ini terdiri daripada 2 orang pemain perempuan (Rachel Elaine Rayner dari 4 Mutiara, Nur Natasyah Binti Asrin @ Mohd Asri dari 4 Aman) dan 4 orang pemain lelaki (Muhammad Faiz Hamizan dari 4 Tertib, Ahmad Afdlien Afiezan dari 4 Bahagia, Muhamad Danish Mark Dusti dari 5 Kerjasama dan Ahmad Izwansyah Bin Sulaiman dari 5 Tertib).
Keputusan Bagi Setiap Kategori: 
Perseorangan Perempuan
		 
															Bagi kategori ini, Rachel mewakili Maktab Sabah dan berdepan dengan Meryn dari keputusan pusingan suku akhir ialah 16-21 bagi set pertama, dan 18-21 bagi set kedua. Secara konklusinya, perlawanan yang agak sengit antara Rachel and Meryn ini kemudian diakhiri oleh pemain dari SM LOK YUK itu setelah beliau berjaya memperolehi 21 mata pada set kedua.
Beregu Perempuan
 
															Seterusnya, bagi pusingan suku akhir perlawanan beregu kategori perempuan, Natasyah dan Rachel daripada pasukan pemain Maktab Sabah memperolehi 14 mata pada set pertama dan 9 mata pada set terakhir manakala pasukan KKHS berjaya menewaskan mereka dengan memperolehi 21 mata dalam kedua-kedua set.
Perseorangan Lelaki
 
															Kita kemudian beralih kepada kategori lelaki. Pada pusingan suku akhir bagi perlawanan perseorangan lelaki, keputusan mata kedua-dua set bagi pusingan ini ialah 21-17 dan 21-8. Izwansyah berjaya memperolehi mata akhir pada set pertama dan kedua menentang Lasyah dari SM Tun Fuad. Ini membolehkannya mara ke pusingan separuh akhir.
 
															Kemenangan beliau tidak berhenti di situ sahaja kerana Izwansyah sekali lagi berjaya memenangi pusingan separuh akhir setelah menentang Ryan Yong dari KKHS. Keputusan mata ialah 21-13 bagi set pertama dan 21-15 bagi set kedua.
 
															Pada pusingan akhir perlawanan perseorangan kategori lelaki, lawan Izwansyah pada kali ini ialah Azhar dari SMK SANZAC. Kesengitan pusingan ini amat tidak terkata kerana kedua-dua individu ini agak lincah dan hebat dari pelbagai aspek yang berbeza. Akhirnya, Izwansyah gagal mendapatkan set terakhir dan keputusan bagi pusingan ini ialah 14-21 dan 16-21.
Beregu Lelaki
 
															Kategori terakhir ialah perlawanan beregu lelaki. Izwansyah dan Danish telah mewakili Maktab Sabah pada kali ini, menentang pemain-pemain dari SM La Salle. Tidak seperti perlawanan dari pusingan dan kategori sebelumnya, keempat-empat pemain menunjukkan komitmen yang begitu hangat dalam ketiga-tiga set. Walaupun set pertama telah dimenangi oleh SM La Salle, hasilnya, pemain-pemain daripada Maktab Sabah berjaya menjuarai pusingan separuh akhir tersebut dengan memperolehi mata akhir iaitu 21-12 dalam set kedua dan 22-20 pada set terakhir.
 
															Kalah atau menang, mereka harus sedar bahawa mereka berjaya menunjukkan pihak lawan bahawa mereka ialah lawan yang kuat. Kekalahan, dalam setiap aspek, bukan tandanya mereka harus berputus asa, tetapi sebaliknya, pengalaman daripada perjuangan ini amatlah berharga untuk mereka menggunakannya sebagai ilmu dan motivasi untuk teruskan usaha mereka. Jika kita menginginkan keputusan-keputusan yang luar biasa dalam hidup ini, kita juga harus bersedia untuk menghadap segala kebarangkalian daripada perjuangan ini dengan, sama ada positif atau negatif. Bak kata pepatah, jika tidak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya.
 
															Laporan ini disediakan oleh melsy.

 
																			 
																			 
																			




















