Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Maktab Sabah Tahun 2023 Edisi 2022

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar muncul lagi untuk menyanjung para pelajar cemerlang yang telah menunjukkan kegigihan dan kesungguhan dari segi pencapaian akademik dan kokurikulum sepanjang alam persekolahan. Inilah pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sesi tahun 2022/2023.

Pihak sekolah ingin menghargai setiap usaha pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan yang luar biasa bertujuan menghargai semangat juang, kesungguhan, kegigihan, dedikasi dan kerjasama semasa pengajaran dan aktiviti pelajar bersama guru. Semestinya dengan pelaksanaan program ini dapat memberi contoh dan dorongan kepada pelajar lain untuk lebih bersemangat berdaya saing yang sihat.

Seterusnya, majlis yang akan dilaksanakan pada 18 Julai 2023, mulai jam 7.00am dan dijangka selesai pada jam 12.01 tengahari. Majlis mensasarkan semua pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan dalaman dari tingkatan 1,2,3 dan 4. Majlis juga menjemput khas pelajar cemerlang peperiksaan awam SPM 2022 yang telah berjaya mengangkat naik dan mengharumkan nama Maktab Sabah melalui sumbangan mereka dalam bidang akademik, sukan dan aktiviti ko-kurikulum.

Seramai 160 orang dikenalpasti mencapai kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum. Bermula dengan sebelas (11) anugerah yang dicatat pada tahun 2022 Anugerah Permata Nilam Maktab Sabah di mana pelajar mencapai 5 and 4 bintang. Di ikuti oleh Anugerah ICAS Science dan Mathematic 2022, pencapaian tertinggi iaitu High Distinction, diikuti oleh Merit dan Credit. Seterusnya, oleh Anugerah Pentaksiran Dalaman 2022 dimana pelajar mendapat sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan (TP) 3 dalam semua mata pelajaran teras semasa Ujian Akhir Sesi Akademik 2022 (UASA). Di ikuti oleh pelajar terbaik matapelajaran 2022. Kriteria kelayakan ialah mereka yang mendapat sekurang-kurangnya TP 5 atau 85% semasa Ujian Akhir Sesi Akademik 2022.
Berikut , bagi pelajar cemerlang SPM 2022, Kriteria kelayakan , mendapat sekurang-kurangnya 6 Gred Cemerlang iaitu A+, A dan A- dalam peperiksaan awam SPM seramai 26 orang. Pelajar terbaik matapelajaran , Anugerah khas koperasi seramai 7 orang layak kerana pencapaian akademik yang cemerlang. Akhirnya 6 anugerah khas iaitu Anugerah Pendidik (Khidmat Bakti), Anugerah MPS, Anugerah OSCA, Anugerah PIBG, Anugerah Pengetua dan Anugerah Perdana

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan perasmian oleh Yang Berusaha Encik Suhaimi Bin Haji Matshah, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD), Kota Kinabalu.

Tahniah kepada semua pelajar yang mendapat anugerah kecemerlangan, teruskan perjuangan untuk lebih cemerlang lagi.

You may also like...