MAKTAB SABAH BERJAYA MENGELOLA KEJOHANAN OLAHRAGA DAERAH KOTA KINABALU KALI KE 56 TAHUN 2024
Pada 3 – 8 Ogos 2024 bertempat di Stadium Penampang telah berlangsung Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Kota Kinabalu. Maktab Sabah bersama SK Seri Gaya Kota Kinabalu telah dipertanggungjawabkan sebagai pengelola kejohanan.
Kejohanan yang telah berlangsung selama enam hari telah melibatkan 61 buah sekolah rendah dan 22 buah sekolah menengah telah dirasmikan oleh YB Datuk Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah.
Seluruh warga Maktab Sabah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat bagi menjayakan kejohanan MSSD Kota Kinabalu kali ini terutama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Kinabalu, guru-guru sekolah yang terlibat dan semua atlet yang mengambil bahagian.