PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR (LASBELA) GROUP 30 & PIBG MAKTAB SABAH KE SMK TAWAU

Pada 24 May 2024, Jumaat telah berlangsung program Lawatan Sambil Belajar ke SMK Tawau yang melibatkan GROUP 30 Maktab Sabah dan PIBG Maktab Sabah.

Rombongan Maktab Sabah tiba ke SMK Tawau pada jam 7.30 pagi dan telah disambut oleh Pengetua SMK Tawau Taun Abdul Majis Haji Saprin dan barisan Pentadbir SMK Tawau. Ketibaan rombongan telah dialu-alukan dengan tarian sembah tamu dari kelab kebudayaan SMK Tawau dengan tarian Tai’taka suku kaum Tidung dan juga puisi dan lagu dari pelajar-pelajar SMK Tawau.

Semoga lawatan penandaaras ini akan menjadi motivasi kepada kedua-dua sekolah ini, untuk melonjak ke tahap yang lebih cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan disiplin dan sahsiah di kalangan guru-guru dan pelajar sekolah masing-masing.

You may also like...