Program Lawatan Kerja Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Ke Sekolah Harian Di Negeri Sabah.

Pada 30 Julai 2024, Jam 8.00 malam di Asrama Malaysia Sabah, Maktab Sabah telah berlangsung lawatan kerja Pengarah BPSH Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dato Haji Abdul Muie Bin Ngah ke Asrama Malaysia Sabah, Maktab Sabah Kota Kinabalu sempena program lawatan kerja ke sekolah-sekolah di Negeri Sabah.

Turut hadir bersama Pengarah BPSH iaitu Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Haji Raisin Bin Saidin. Lawatan ini telah disambut oleh Pengetua Maktab Sabah iaitu Tuan Suhaimi Haji Basri, barisan pentadbir sekolah dan warden asrama beserta pelajar-pelajar Amal Sabah.

Seluruh warga Maktab Sabah, khusus Amal Sabah mengucapkan selamat datang ke Asrama Malaysia Sabah, Maktab Sabah dan terima kasih yang tidak terhingga. Semoga lawatan ini akan menjadi motivasi bagi kecemerlangan Maktab Sabah.

You may also like...