Majlis Sanjungan Kasih Junjungan Budi YBHG Datin Samsiah Almalek 2024

Pada 11 Julai 2024, berlangsung Majlis Sanjungan Kasih Junjungan Budi untuk Datin Samsiah Almalek, Penolong Kanan Pentadbiran Maktab Sabah yang telah menjadi Pengetua di Sekolah Menegah Kebangsaan Perempuan Likas.

Majlis Sanjungan Kasih Junjungan Budi yang gilang-gemilang berlangsung di Dewan Perdana, Maktab Sabah dan dihadiri oleh semua Pelajar dan Guru-guru Maktab Sabah.

Datin Samsiah Almalek menjadi Guru Maktab Sabah pada 13 April 1996, mengajar Geografi kepada beberapa kelas. Beliau juga pernah menjadi Ketua Bidang Kemanusiaan sebelum dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran Maktab Sabah. Beliau telah menyumbangkan banyak ilmu pengetahuan kepada semua warga sekolah dan telah berkorban masa demi kecemerlangan Maktab Sabah yang tercinta.Walaupun beliau tidak lagi akan berada di Maktab Sabah, beliau akan sentiasa menjadi alih keluarga Maktab Sabah.

Seluruh warga Maktab Sabah mengucapkan selamat menjalankan tugas sebagai Pengetua SMP Likas Kota Kinabalu.

Laporan oleh: Pril

You may also like...