KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KOTA KINABALU KALI KE-56 TAHUN 2024

Pada 3 – 8 Ogos telah bermula Kejohanan Olahraga MSSD KK Kali Ke-56 Tahun 2024 di Stadium Penampang. Maktab Sabah bersama SK Seri Gaya Kota Kinabalu telah dipertanggungjawabkan sebagai tuan rumah bagi kejohanan kali ini.

Kejohanan kali ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah. Kejohanan MSSD KK telah melibatkan semua sekolah rendah dan sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu.

Seluruh warga Maktab Sabah mendoakan semoga kejohanan ini berjalan dengan lancar dan semua atlet berjuang bersungguh-sungguh untuk bersaing bagi merangkul pingat emas, perak dan gangsa.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

You may also like...