Majlis Sambutan Hari Guru

SAMBUTAN HARI GURU-17 Mei 2023

Pada 17 Mei 2023 bersamaan hari Rabu,warga Maktab Sabah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru sempena meraikan Hari Guru Sedunia yang disambut pada sehari sebelumnya iaitu pada 16 Mei.Semua warga Maktab Sabah meraikan sambutan ini di Selasar Sri Fatimah.

Semua guru-guru Maktab Sabah menggunakan tema “Welcome Back To School” dimana guru-guru mengenakan pakaian seragam sekolah bagi mengenang kembali sewaktu mereka masih seorang pelajar.

Semasa permulaan majlis,murid-murid badan khas yang terpilih mengiringi guru-guru ke tempat duduk mereka masing-masing.Majlis kemudiannya mendengar ucapan daripada Pengetua Maktab Sabah iaitu Datin Hajah Nurani Fauziah Derin,Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Puan Samsiah Almalek.Sesudah itu,semua guru-guru mengangkat sumpah ikrar hari guru yang diiringi oleh Encik Musli Andalan.Akhir sekali,guru-guru menyanyikan lagu “Kami Guru Malaysia” sebelum masuk ke Dewan Perdana Maktab Sabah untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Beberapa orang guru yang mengenakan pakaian seragam sekolah

Selamat hari guru diucapkan kepada guru-guru Maktab Sabah serta guru-guru diseluruh dunia

You may also like...