Tahniah, Keputusan STM 2022 Kekal 100%

Seluruh warga Maktab Sabah mengucapka tahniah kepada semua calon STPM 2022 kerana telah mencapai keputusan cemerlang dan mengekalkan keputusan 100% lulus. Seorang calon iaitu Nooreyzwana Nadia Dohimin @ Julin telah muncul pelajar cemerlang dengan keputusan 4A (4.00).

Terdapat 4 orang calon telah mendapat 3A 1A- (3.92) dan seramai 42 orang calon mendapat 3.00 ke atas. Tiga subjek telah mencapai keputusan 100% iaitu Teknologi Maklumat Komunikasi (ICT), Syariah dan Biologi.

Tahniah sekali lagi dan semoga semua calon dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading mengikut impian dan cita-cita masing-masing. Terima kasih kerana anda semua telah menjadi kebanggaan Maktab Sabah.

You may also like...