Kejohanan Merentas Desa Peringkat Maktab Sabah 2024

Pada 11 Mei 2024 telah berlangsung kejohanan sukan merentas desa peringkat sekolah. Kejohanan ini telah melibatkan semua pelajar Maktab Sabah yang terdiri daripada empat Rumah Sukan iaitu GAYA, CHARTER, SABAH dan COLONY. Kejohanan ini juga telah mendapat sambutan penyertaan daripada pelajar Tingkatan 6, OSCA dan PIBG Maktab Sabah.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Pengetua Maktab Sabah iaitu Tuan Suhaimi Haji Basri.

Kejohanan yang menawarkan piala pusingan Johan Merentas Desa, merupakan cabaran kepada setiap ahli rumah sukan untuk menyumbangkan mata point bagi dinobatkan sebagai Johan.

You may also like...