STPM 2023, TAHNIAH MAKTAB SABAH, PENCAPAIAN 100% LULUS & 5 CALON MENDAPAT PNGKA 4.00

Pada 23 Julai 2023 di Campus Sabah College Tingkatan 6, Maktab Sabah sekali lagi melakar sejarah dalam pencapaian keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) apabila telah mendapat pencapaian 100% lulus dan seramai lima orang calon telah mendapat PNGKA 4.00. Dengan pencapaian 100% kelulusan dalam STPM kali ini dilihat mampu menyuntik semangat kepada warga SCC apabila GPS sekolah melonjak dari 2.75 (STPM 2022) kepada 3.07 (STPM 2023). Daripada 106 orang calon, 89 orang telah berjaya mencatatkan pencapaian 4 prinsipal dengan 63 orang calon mencatatkan PNGK 3.00 ke atas.

Seluruh warga pendidik Maktab Sabah terutamanya guru-guru Tingkatan 6 mengucapkan tahniah kepada semua calon STPM 2023 atas pencapaian keputusan yang sangat membanggakan ini. Semoga keputusan ini akan menjadi motivasi untuk terus melangkah ke pusat menara gading demi mencapai cita-cita masing-masing.

Semoga warga pendidik Maktab Sabah dikurniakan kesihatan, ilmu dan semangat untuk terus menabur bakti dalam menyampaikan ilmu pendidikan kepada pelajar Maktab Sabah dan pencapaian keputusan yang cemerlang ini akan menjadi penyuntik semangat dan usaha untuk melahirkan pelajar-pelajar cemerlang pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas kepada guru-guru Tingkatan 6 dan seluruh calon STPM 2023.

You may also like...